Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Tuesday, August 19, 2008

Paku Dulang, Paku Serpih

Sekali lagi aku tak berapa setuju dengan pandangan pemudaujungjulai (PUJ) dengan beberapa pendapatnya. disini aku selitkan pendapatnya(untuk KPB pencabar yang ada tidak berapa mendapat perhatian, mungkin kerana beliau kurang berdamping dengan Pemuda, maka ahli-ahli lebih suka tidak memeningkan kepala lalu sebahagian besar pemuda cawangan yang dah bermesyuarat hanya memilih untuk mengekalkan yang ada. Sebaliknya untuk Naib Ketua, ada pertandingan 'sesama sendiri' seperti yang dilapurkan oleh calon-calonnya sendiri...he he he!!!). untuk pengetahuan PUJ pencabar KPB bukan kurang berdamping dengan pemuda atau ahli-ahli pemuda cawangan malahan tidak ada sentuhan langsung jauh sekali untuk berdamping dengan ahli-ahli pemuda, adakah pencabar KPB turun untuk berdamping dan bersama pemuda semasa musim permilihan ini wajar menjadi ukuran atau dikira rekod perkhidmatan yang cemerlang? ahli pemuda cawangan yang lain mungkin bukan macam ahli pemuda cawangan PUJ yang mungkin menilai pemimpin dari segi duit dan kemewahan adalah segalanya dan TIDAK ADA pertandingan NKB sesama sendiri.
( Untuk pemilihan KPB dan NKPB kami turut akur dengan arus perdana. Mereka-mereka yang menawarkan diri tu semuanya boleh bekerja. Cuma diharap tidaklah menjadi boneka kepada mereka yang lebih superior. Sayap Pemuda mestilah bebas bersuara sekiranya suara itu adalah untuk kepentingan Pemuda secara khasnya dan kepentingan UMNo keseluruhannya.) rasanya pemuda cawangan PUJ yang menjadi boneka kepada yang lebih superior kenapa perlu akur kepada arus perdana kalau pemuda cawangan PUJ mempunyai pandangan dan pilihan sendiri, jika mengharapkan yang diatas saja membaja dan yang dibawah meracun sampai bila pun pohon UMNO yang kita tumpang teduh tidak akan subur.
(Sebenarnya satu faktor lagi ialah kalau tidak kerana perubahan terhadap ADUN kami, mungkin kehadiran ahli pemuda lebih ramai seperti tahun-tahun terdahulu. Ramai yang tersentot kerana YB mereka yang lama masih lagi mereka dambakan beliau sebagai seorang YB, kerana jiwanya, jiwa rakyat) aku juga meragui pemuda cawangan PUJ, adakah mereka ini hanya setia pada individu atau setia pada UMNO atau kerana kepimpinan pemuda cawangan PUJ yang menjadi punca kemerosotan kehadiran??
( Dan aku dapat gambaran bahawa salah seorang calon mendapat sokongan dan bantuan dari KB yang tidak akan mempertahankan jawatan. Dan apa yang aku nak kata ini adalah pandangan peribadi aku.Biarlah calon-calon ini bertanding diatas pentas(kekuatan mereka sendiri) yang samarata. Dan kepada calon-calon, berkempenlah dengan sihat, jauhilah dari mereka yang suka mengambil kesempatan. Jangan biarkan peluang anda menjadi kabur dek kerana parasit-parasit ini. Kalau dulu dah sebut nakkan tempat/kerusi nombor anu, bertandinglah dikerusi nombor anu tu, janganlah nak ubah fikiran kerana tamakkan jawatan) jangan kita melihat dengan hanya sebelah mata atau PUJ cuma mendengar lebih dari melihat, untuk makluman PUJ salah seorang calon yang bertanding KB pun mendapat sokongan malahan turut berkempen dari TKB yang tidak mempertahankan jawatan. kalau nak dikira ubah fikiran kerana tamak...bekas YB tu pun pernah berjanji dan berkata setakat ni saja aku nak jadi ADUN..tapi...aku rasa baik PUJ jawab berapa penggal dah...kita kenalah terima takdir tuhan bahawa hari ini orang lain pulak...sebagai ahli kita harus menyokong sebagaimana bekas YB mendapat sokongan dulu