Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Tuesday, July 29, 2008

Misi Dan Visi Apa?

Terlebih dahulu aku ingin memohon kemaafan kerana tidak sempat untuk berkongsi cerita dan maklumat berkaitan dengan politik orang melayu, khasnya politik UMNO Bahagian Jerai kerana aku dihantar oleh majikan aku untuk "out station" ( sibuk sangat ). apa pun aku tertarik dengan komen dalam blog pemudaujungjulai yang meminta Visi Dan Misi calon-calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai. komennya mengenai calon yang mempertahankan jawatan Ketua Pemuda iaitu saudara basorri, yang mana dikatakan kenalan baiknya, disini aku selitkan beberapa kata pemudaujungjulai ( Saya kenal baik dengan sdr. Bassori Abu Hassan )malahan meragui kemampuan Basorri pada peringkat permulaan ( Kewibawaannya dalam mengepalai Pemuda walaupun diragui pada peringkat awal dahulu ) tapi beliau dapat meneruskan agenda Pemuda, bagi aku sudah cukup berjaya jika hendak dibandingkan dengan jiran sebelah bahagian Jerai yang menjerumus kearah kehancuran kawan, sahabat, saudara dan parti atas nama Demokrasi. Aku akui walaupun beliau hanya dibantu dengan beberapa kerat AJK tetapi sudah ada peningkatan kepada Pemuda Jerai termasuk aktiviti-aktiviti dan yang paling utama menubuhkan pemuda cawangan yang baru, ( namun beliau dapat meneruskan tugas sehingga sekarang dengan dibantu oleh beberapa kerat AJK Pemuda ) mungkin benar kata pepatah "berat mata memandang berat lagi bahu memikul"
( Pada saudara Ir Mat Noor, saya ucapkan tahniah atas keberanian anda menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO Jerai ) adakah keberanian sebagai seorang pemimpin muda hanya kerana keberanian menawar diri untuk BERKHIDMAT sebagai Ketua Pemuda Bahagian Jerai, mungkin pemudaujungjulai tidak peka atau saja memekak telinga. untuk pengetahuan semua saudara Ir md Noor adalah AJK UMNO Bahagian Jerai sesi 2004-hingga sekarang, tapi aku tertanya juga apakah khidmat dan sumbangan beliau kepada UMNO Jerai, ini belum lagi aku tanya khidmat dan sumbangan beliau kepada Pemuda Umno Jerai. sebagai seseorang yang Profesional dan berpelajaran., pemudaujungjulai juga percaya Ir Md Noor sebagai "technical expertise" dan mempunyai "tactical plan" ( Saya percaya anda sebagai "technical expertise" sudah tentu mempunyai "tactical plan" dalam fasa berkempen ini ) aku bukanlah jenis menjatuhkan sesorang Cuma faktanya kenapa tidak pemudaujungjulai tidak sarankan kepada Ir Md Noor untuk gunakan segala kelebihannya dan taktikalnya didalam pilihan raya yang lalu? yang aku pasti banyak yang banyak bercakap tentang kepimpinan, Visi dan Misi, tapi semasa pilhan raya ke12 yang lalu cuma hanya menjadi pemerhati malahan yang berjawatan tinggi didalam pemuda cawangan pun bercakap didalam tong kosong. Adakah Ir Md Noor layak menjadi pemimpin semasa pemilihan UMNO sahaja.

Aku bukanlah kampen manager mana-mana, tapi bagi aku untuk menjadi seseorang pemimpin, keperibadian menjadi tongak utama. “Aku suka sikat rambut sambil tengok cermin, baru aku tahu jambul aku ni betul atau herot”