Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Thursday, July 17, 2008

Kerengge Dan Pokok Mempelam


Dulu kerap aku dengar pasal bila Pak Lah nak letak jawatan sebagai PM, daripada parti DAP,PAS,PKR dan parti yang sekutunya termasuklah UMNO. tapi yang agak aku kesalkan perangai orang kita terutama Pembangkang yang sanggup mengusulkan Undi tidak percaya kepada Pak Lah walaupun telah dinyatakan tarikh pengunduranya. yang aku meluat bila tengok Lim Kit Siang tersenyum lebar memperbodohkan Dato' Seri Wan Azizah yang telah digunakanya untuk agenda DAP iaitu "Melayu Menjatuhkan Melayu" seperti kerengge atas pokok mempelam dirumah kita, dah laa pokok kita yang tanam, pokok tu pun ditanam atas tanah kita, bab baja dan penjagaan telah laa. bila datang musim buah si kerengge ni yang jadi lebih-lebih, bila kita nak ambil buah dia marah, malah menyerang kita. akhirnya buah mempelam jatuh macam tu saja, dia tak boleh makan dan kita sebagai tuan kepada pokok( tempat tinggal, cari makan serta pembiakan kerengge )pun tak bole makan, macam biar padan muka hang dan padan muka aku, fikir-fikirkan.. berbalik bab bila Pak Lah nak letak jawatan aku rasa sudah terjawab bila dia nak letak jawatan , tapi masih berbunyi cuma aku teringat kata-kata kawan aku yang juga orang UMNO, nak buat peralihan kuasa ni melibatkan hal Negara bukan nak tukar pengerusi PIBG, banyak perkara-pekara penting yang perlu diselesaikan. rasanya aku pun tak mau penganti Pak Lah nanti tercari-cari atau mengagau merata, kawan aku keje MPSP sebagai "Pilot Helicopter" ( Tukang Mesin Rumput ) nak naik pangkat sebagai mandor pun kena kursus dulu, tambah la nak PM Malaysia. bagi aku sehingga Jun 2010 adalah masa untuk dato' Najib berkursus untuk mentadbir Negara