Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Thursday, July 31, 2008

Terima Kasih PKR Dan PAS Dari DAP

Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis jalan jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tentang tulisan jawi ini sebelum dia membakar dan memanggang lima ekor Encik B selepas pilihan raya ke-12.
( Gambar 1: Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh). Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis jalan jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan BahasaMalaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tentang tulisan jawi ini sebelum dia membakar dan memanggang lima ekor Encik Babi selepas pilihan raya ke-12.
(Gambar 2:Teresa Kok sekali lagi menunjuk pada tulisan jawi di Jalan Taman Tan Yew Lai).
Apakah tulisan jawi itu sesuatu yang dianggap racist juga?
(Gambar 3: Teresa Kok bersama dengan tiga orang lagi ahli parlimen DAP menunjukkan cadangan nama jalan dalam Bahasa Malaysia, Cina dan India dan diserahkan kepada En Shaari (PA kepada Datuk Bandar KL). Tiada lagi tulisan jawi). Mengapa mereka tidak suka sangat pada tulisan jawi?
Pada 24 Julai, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang. Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008. Mengapa benci benar DAP pada tulisan jawi? Soal bahasa ini sudah termaktub dalam perlembagaan, jadi mengapa DAP cuba laksanakan perkara ini di Pulau Pinang?. Sedikit demi sedikit, mereka menghimpit dan cuba menenggelamkan identiti orang Melayu. Mungkin kerana logo UMNO itu bertulisan jawi, sebab itulah agaknya DAP benci benar pada UMNO. Apakah orang Melayu dalam PKR hendak bersekongkol sama dengan tindakan DAP ini?

Tuesday, July 29, 2008

Misi Dan Visi Apa?

Terlebih dahulu aku ingin memohon kemaafan kerana tidak sempat untuk berkongsi cerita dan maklumat berkaitan dengan politik orang melayu, khasnya politik UMNO Bahagian Jerai kerana aku dihantar oleh majikan aku untuk "out station" ( sibuk sangat ). apa pun aku tertarik dengan komen dalam blog pemudaujungjulai yang meminta Visi Dan Misi calon-calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai. komennya mengenai calon yang mempertahankan jawatan Ketua Pemuda iaitu saudara basorri, yang mana dikatakan kenalan baiknya, disini aku selitkan beberapa kata pemudaujungjulai ( Saya kenal baik dengan sdr. Bassori Abu Hassan )malahan meragui kemampuan Basorri pada peringkat permulaan ( Kewibawaannya dalam mengepalai Pemuda walaupun diragui pada peringkat awal dahulu ) tapi beliau dapat meneruskan agenda Pemuda, bagi aku sudah cukup berjaya jika hendak dibandingkan dengan jiran sebelah bahagian Jerai yang menjerumus kearah kehancuran kawan, sahabat, saudara dan parti atas nama Demokrasi. Aku akui walaupun beliau hanya dibantu dengan beberapa kerat AJK tetapi sudah ada peningkatan kepada Pemuda Jerai termasuk aktiviti-aktiviti dan yang paling utama menubuhkan pemuda cawangan yang baru, ( namun beliau dapat meneruskan tugas sehingga sekarang dengan dibantu oleh beberapa kerat AJK Pemuda ) mungkin benar kata pepatah "berat mata memandang berat lagi bahu memikul"
( Pada saudara Ir Mat Noor, saya ucapkan tahniah atas keberanian anda menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO Jerai ) adakah keberanian sebagai seorang pemimpin muda hanya kerana keberanian menawar diri untuk BERKHIDMAT sebagai Ketua Pemuda Bahagian Jerai, mungkin pemudaujungjulai tidak peka atau saja memekak telinga. untuk pengetahuan semua saudara Ir md Noor adalah AJK UMNO Bahagian Jerai sesi 2004-hingga sekarang, tapi aku tertanya juga apakah khidmat dan sumbangan beliau kepada UMNO Jerai, ini belum lagi aku tanya khidmat dan sumbangan beliau kepada Pemuda Umno Jerai. sebagai seseorang yang Profesional dan berpelajaran., pemudaujungjulai juga percaya Ir Md Noor sebagai "technical expertise" dan mempunyai "tactical plan" ( Saya percaya anda sebagai "technical expertise" sudah tentu mempunyai "tactical plan" dalam fasa berkempen ini ) aku bukanlah jenis menjatuhkan sesorang Cuma faktanya kenapa tidak pemudaujungjulai tidak sarankan kepada Ir Md Noor untuk gunakan segala kelebihannya dan taktikalnya didalam pilihan raya yang lalu? yang aku pasti banyak yang banyak bercakap tentang kepimpinan, Visi dan Misi, tapi semasa pilhan raya ke12 yang lalu cuma hanya menjadi pemerhati malahan yang berjawatan tinggi didalam pemuda cawangan pun bercakap didalam tong kosong. Adakah Ir Md Noor layak menjadi pemimpin semasa pemilihan UMNO sahaja.

Aku bukanlah kampen manager mana-mana, tapi bagi aku untuk menjadi seseorang pemimpin, keperibadian menjadi tongak utama. “Aku suka sikat rambut sambil tengok cermin, baru aku tahu jambul aku ni betul atau herot”

Thursday, July 17, 2008

Musim Permilihan


musim permilihan Umno bahagian telah hampir tiba, tarikh perasmian Umno Jerai pada 20hb Julai 2008 bertempat dewan SMKA Titi Serong Yan jam 2.30 prtang. mukadimah aku berkaitan musim pemilihan ini aku berpendapat janganlah kita terlalu beremosi untuk berkempen atau menjadi agen calon, kerana sudah lama kita bergaduh sesama kita yang akhirnya membawa padah kepada kita serta memberi keuntungan kepada lawan kita. hidup UMNO...Hidup Melayu dan Hidup Islam. Amin

Kerengge Dan Pokok Mempelam


Dulu kerap aku dengar pasal bila Pak Lah nak letak jawatan sebagai PM, daripada parti DAP,PAS,PKR dan parti yang sekutunya termasuklah UMNO. tapi yang agak aku kesalkan perangai orang kita terutama Pembangkang yang sanggup mengusulkan Undi tidak percaya kepada Pak Lah walaupun telah dinyatakan tarikh pengunduranya. yang aku meluat bila tengok Lim Kit Siang tersenyum lebar memperbodohkan Dato' Seri Wan Azizah yang telah digunakanya untuk agenda DAP iaitu "Melayu Menjatuhkan Melayu" seperti kerengge atas pokok mempelam dirumah kita, dah laa pokok kita yang tanam, pokok tu pun ditanam atas tanah kita, bab baja dan penjagaan telah laa. bila datang musim buah si kerengge ni yang jadi lebih-lebih, bila kita nak ambil buah dia marah, malah menyerang kita. akhirnya buah mempelam jatuh macam tu saja, dia tak boleh makan dan kita sebagai tuan kepada pokok( tempat tinggal, cari makan serta pembiakan kerengge )pun tak bole makan, macam biar padan muka hang dan padan muka aku, fikir-fikirkan.. berbalik bab bila Pak Lah nak letak jawatan aku rasa sudah terjawab bila dia nak letak jawatan , tapi masih berbunyi cuma aku teringat kata-kata kawan aku yang juga orang UMNO, nak buat peralihan kuasa ni melibatkan hal Negara bukan nak tukar pengerusi PIBG, banyak perkara-pekara penting yang perlu diselesaikan. rasanya aku pun tak mau penganti Pak Lah nanti tercari-cari atau mengagau merata, kawan aku keje MPSP sebagai "Pilot Helicopter" ( Tukang Mesin Rumput ) nak naik pangkat sebagai mandor pun kena kursus dulu, tambah la nak PM Malaysia. bagi aku sehingga Jun 2010 adalah masa untuk dato' Najib berkursus untuk mentadbir Negara